Malang Berganda !!! Sebuah Pikap Di Seret Hampir 15 Meter Oleh Kereta Api. Apa Terjadi Kepada Mangsa Buat Ramai TERGAMAM !!!

| November 1, 2017 | 0 Comments

Malang Berganda !!! Sebuah Pikap Di Seret Hampir 15 Meter Oleh Kereta Api. Apa Terjadi Kepada Mangsa Buat Ramai TERGAMAM !!! | My Berita Tular – PAPAR: Seorang lelaki maut manakala rakan sekerjanya cedera apabila pikap dinaiki mereka, dirempuh kereta api di Kampung Mandahan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 4.29 petang itu, pemandu pikap, Jumar Talib, 50, meninggal dunia di Hospital Papar manakala rakannya, Akob Tamsi, 50, menerima rawatan di hospital sama.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa dan tiga rakannya dalam perjalanan pulang selepas melakukan kerja membina tiang pencawang elektrik di Ulu Kimanis, Jalan Keningau.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman, berkata kenderaan dipandu mangsa melintas landasan kereta api tanpa menyedari kehadiran kereta api yang arah dari Papar menuju ke Beaufort.

“Berikutan itu pikap dipandu mangsa dirempuh dari arah tepi sebelum diseret sejauh 15 meter.

“Penumpang hadapan cedera manakala dua lagi penumpang yang duduk di belakang sempat terjun keluar dari pikap berkenaan,” katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Ladamah berkata, pemandu pikap yang parah disahkan meninggal dunia di hospital.

Katanya, siasatan lanjut mendapati laluan yang digunakan laluan yang tidak dibenarkan serta tidak berpagar.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *