Pemandu Bas Bawa Penyokong Kedah Saksikan Perlawanan AKHIR 2017 MAUT. Ini Puncanya…

| November 5, 2017 | 0 Comments

Pemandu Bas Bawa Penyokong Kedah Saksikan Perlawanan AKHIR 2017 MAUT. Ini Puncanya…| My Berita Tular – Dalam keghairahan penyokong menonton perlawanan bola sepak semalam antara Kedah dan Johor. Seorang pemandu meninggal dunia.

SHAH ALAM – Seorang pemandu bas yang membawa penyokong Kedah untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di sini malam tadi ditemui mati di dalam basnya dipercayai akibat sakit jantung.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, M Batumalai, 51, ditemui tidak sedarkan diri oleh rakannya yang juga pemandu kedua kira-kira jam 7 malam di bahagian tempat duduk pemandu, yang bas itu diparkir berhampiran Stadium Shah Alam.

Beliau berkata, rakan mangsa kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada anggota polis yang bertugas di luar stadium.

“Pasukan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang melakukan pemeriksaan ke atas Batumalai mengesahkan beliau telah meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang selesai dilakukan lewat malam tadi mendapati punca kematian mangsa adalah akibat sakit jantung,” katanya ketika dihubungi.

Shafien berkata, pihak polis turut menghubungi keluarga pemandu itu di Pulau Pinang yang kemudian mengesahkan Batumalai memang menghidap sakit jantung.

“Bas berkenaan kemudian diambil alih oleh pemandu kedua untuk membawa penyokong pulang semula ke Kedah selepas perlawanan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mengenai perlawanan malam tadi, beliau berkata kawalan keselamatan yang ketat dan kerjasama baik penyokong kedua-dua pasukan menjadikan perlawanan itu tidak dicemari dengan kejadian di luar kawalan.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama penyokong kedua-dua pasukan yang mengikut arahan yang diberikan,” katanya. – Bernama

Sumber : sinarharian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *