Sulit !!! Video Kereta Myvi 2018 Sudah Di Bocorkan Buat Ramai TERGAMAM !!!

| November 8, 2017 | 0 Comments

Sulit !!! Video Kereta Myvi 2018 Sudah Di Bocorkan Buat Ramai TERGAMAM !!! | My Berita Tular – Jadi, hari ini secara rasminya Perodua mengumumkan pengenalan Myvi serba baru akan dibuka untuk tempahan bermula esok. Lebih menarik, harganya juga turut diumumkan; bermula dari RM44,300, tidak termasuk insurans. Ia akan menggantikan model Myvi sedia ada dalam pasaran, yang baru-baru ini diumumkan sudah mencapai produksi satu juta unit.

Perodua menyifatkan model Myvi generasi ketiga ini akan menampilkan rekaan yang lebih “muda” dan bergaya, dengan keselesaan dan keluasan yang tetap menjadi keutamaan bagi memastikannya kekal praktikal untuk ramai orang.

Dan, satu lagi aspek yang turut menjadi kebanggaan warga Perodua seperti yang dinyatakan oleh Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh; “Myvi serba baru ini menjadi model Perodua pertama yang mana rekaan luarannya (upper body) dilakukan oleh Perodua sendiri tanpa input dari orang luar.”

Rekaan terbaru ini juga disifatkan lebih panjang, lebih rendah serta lebih lebar berbanding Myvi sebelum ini. Sebagai contoh, tandem distance ruang kabinnya ialah 973 mm, dengan konfigurasi 8+1 bagi tempat duduk.

Ada dua pilihan enjin yang ditawarkan; 1.3L dan 1.5L baru yang cekap tenaga (EEV), lengkap dengan ciri Dual VVT-i yang dipadankan dengan sistem transmisi lima-kelajuan manual atau automatik empat-kelajuan E-AT bagi semua varian. Walaupun maklumat terperinci bagi enjinnya belum didedahkan, kami menjangkakan ia akan mewarisi enjin 1.3 dari Perodua Bezza manakala enjin 1.5L pula dari Toyota Avanza, tentunya dengan penambah baikan yang khusus untuk model baru ini.

Lima varian ditawarkan semuanya – 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Ditawarkan pertama kali untuk Myvi ialah ciri Eco Idle bagi tiga varian paling tinggi – di mana enjin akan mati dan hidup semula jika brek dilepaskan (dalam keadaan statik).

Hadir dengan rekaan yang lebih aerodinamik berbanding sebelumnya; bacaan penggunaan minyak yang terbaik mampu dicapai pada kadar 20.1 km/l bagi varian 1.5 AT (Dual VVT-i).

Turut menjadi kelebihan bagi model ini; ia menjadi model pertama dalam kelasnya yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan ciri keselamatan termaju. Sebagai contoh, varian tertinggi 1.5 Advance akan dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) – yang turut merangkumi ciri-ciri seperti Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Sistem ini berfungsi melalui sebuah kamera yang terletak di belakang bahagian cermin pandang belakang.

Bukan itu saja, semua varian Myvi 2018 serba baru ini akan dilengkapi dengan ciri ABS dengan EBD serta Vehicle Stability Control (VSC) sebagai ciri standard. Selain itu, semua varian 1.5L akan dilengkapi dengan enam beg udara, sementara varian 1.3L dengan empat beg udara. Perodua mensasarkan untuk memperoleh ASEAN NCAP lima bintang.

Kelengkapan lain yang disertakan ialah lampu utama LED dengan fungsi Follow-Me-Home serta boleh laras, sistem tanpa kunci dengan butang Push Start, nisbah lipatan kerusi belakang 60:40 dan sensor undur. Varian 1.3L akan hadir dengan rim 14 inci, manakala varian 1.5L dengan rim 15 inci.

Enam pilihan warna akan ditawarkan kepada pelanggan – Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple, Lava Red, Peppermint Green (warna baru untuk varian 1.3L) dan Granite Grey (warna baru untuk varian 1.5L).

Harga setiap varian pula adalah seperti berikut; 1.3 Standard G (MT) – RM44,300, 1.3 Standard G (AT) – RM46,300, 1.3 Premium X (AT) – RM48,300, 1.5 High (AT) – RM51,800 dan 1.5 Advance (AT) – RM55,300. Semua harga tidak termasuk insurans.

 

Senarai kelengkapan mengikut varian adalah seperti berikut:

Perodua Myvi 1.3 Standard G
RM44,300 (MT)
RM46,300 (AT)

Hadir standard dengan:

Enjin 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)
1,329 cc, empat-silinder petrol
94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm (angka anggaran yang diambil dari Bezza 1.3)
Manual lima kelajuan atau Automatik empat-kelajuan E-AT
Lampu hadapan LED dengan fungsi auto off dan follow-me-home
Pelaras lampu hadapan
Lampu belakang LED dengan lampu panduan
Penderia undur
Rim aloi 14-inci
Sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin
Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
Poket sisi (untuk telefon bimbit) pada tempat duduk hadapan
Empat beg udara (dua hadapan dan hadapan sisi)
ABS dan EBD
Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC)
Kawalan Traction (TRC)
Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
Waranti lima-tahun/150,000 km
Disasarkan untuk mendapat lima-bintang dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP

Perodua Myvi 1.3 Premium X
RM48,300 (AT)

Ditambah dengan:

Sistem start-stop enjin automatik Eco-idle
Kemasan luaran dan dalaman tambahan (belum didedahkan)

Pilihan warna untuk Myvi 1.3:

Ivory White (solid)
Glittering Silver (metalik)
Mystical Purple (metalik)
Lava Red (metalik)
Peppermint Green (metalik) – warna baharu, eksklusif untuk model-model 1.3

Perodua Myvi 1.5 High
RM51,800 (AT)

Ditambah dengan:
Enjin 1.5 liter Dual VVT-i (2NR-VE)
1,496 cc, empat-silinder petrol
106 hp pada 6,000 rpm, 140 Nm pada 4,200 rpm (angka anggaran yang diambil dari Vios 1.5)
Empat-kelajuan E-AT
Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 20.1 km seliter
Rim aloi 15-inci dua-tona
Kit badan hadapan dan skirt sisi (dua tona)
Bampar belakang dua-tona
Spoiler belakang
Pembaca tol bina-dalam (bersepadu dengan SmartTag)
Enam beg udara (dua hadapan, sisi hadapan, tirai)

Perodua Myvi 1.5 Advance
RM55,300 (AT)

Ditambah dengan:
Advanced Safety Assist (ASA)
Amaran Pra-pelanggaran
Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah)
Amaran Pergerakan Kehadapan
Kawalan Salah-operasi Pedal

Pilihan warna untuk Myvi 1.5:
Ivory White (solid)
Glittering Silver (metalik)
Mystical Purple (metalik)
Lava Red (metalik)
Granite Grey (metalik) – warna baharu, eksklusif untuk model-model 1.5

Sumber : paultan.org

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Infomasi Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *