Video Penunggang Bertindak “BANGGANG” Sepanjang Jalan. Apa Yg Dilakukan Buat Netizen BENGGANG !!!

| November 5, 2017 | 0 Comments

Video Penunggang Bertindak “BANGGANG” Sepanjang Jalan. Apa Yg Dilakukan Buat Netizen BENGGANG !!! | My Berita Tular – Dimana keadaan orang pulang dari kerja mengalami kesesakan. Namun begitu, tindakan kurang ajar penunggang ini mendapat kecaman.

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial tindakan biadap seorang penunggang motosikal yang menendang kesemua kon yang diletakkan oleh peronda lebuh raya.

Insiden yang sempat dirakam oleh seorang pemandu kereta itu menunjukkan aksi lelaki terbabit yang bukan saja mendatangkan bahaya kepada diri, malah pengguna lebuh raya yang lain.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Facebook Info Roadblock Jpj/Polis, kejadian dipercayai berlaku di sekitar Lebuhraya Cheras-Kajang Expressway, berdekatan Cheras Sentral, di sini.

Difahamkan, beberapa buah kereta yang melalui jalan itu juga hampir mengenai kon-kon yang ditendang oleh penunggang motosikal terbabit.

Tindakan berkenaan dicemuh pengguna laman sosial kerana ia bukan sahaja menyusahkan, tetapi juga berpotensi membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Ini orang bodoh. Menyusahkan pekerja nak letak balik kon yang ditendang lelaki ini. Kenapa si perakam tak langgar saja bajingan ini?

“Tak pasal-pasal disebabkan orang seperti ini, jalan jadi sesak berkilo-kilometer panjang. Bodoh dan buat malu je perangai macam hanat!” kata seorang netizen.

Rata-rata pengguna media sosial mahukan penunggang itu ditahan dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Namun ia mungkin agak sukar kerana nombor pendaftaran motosikal di dalam video berkenaan tidak dapat dilihat secara jelas.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *